![]() |
|
|
Berdasarkan pengalaman
berdekad-dekad dalam pengiraan optik, pembinaan dan pengeluaran kanta, di
samping injap dan komponen servohidraulik, dengan sejumlah kepelbagaian
paten dalam bidang mekanik kepersisan dan optik, dengan rekod penjualan
produk ke seluruh dunia selama sedekad lamanya, kami menawarkan pembangunan
dan sumber pengeluaran kami sebagai seorang rakan yang berdaya saing kepada
anda bagi penyelesaian kepada masalah anda sendiri: dari rekabentuk
ke corak, pengeluaran kuantiti berskala kecil dan pertengahan
kepada prosedur mekanik dan ujian optik bagi tujuan jaminan kualiti. Kami akan berbesar hati menawarkan sokongan kami kepada anda dalam bidang-bidang berikut: [Rekabentuk] [Optik] [Mekanik] [Elektrik/Elektronik] [Teknologi Ukuran]
|
![]() |
RekabentukRekabentuk mekanik bagi
komponen-servo, optik, mekanik-kepersisan dan subpemasangan, di samping pembangunan alat
pengukuran dan ujian bagi penerapan mekanik dan optik dengan menggunakan
teknologi 2-D dan
3D-CAD. |
![]() |
Sistem optikPengeluaran kanta majmuk optik dan komponen dengan permukaan sfera, asfera dan silinder, termasuk penyimenan kanta. Pengeluaran Penyaring optik (H+P), dengan pelbagai tapak mekanik di atas dasar unsur kanta berwarna; penyaring gangguan yang dihasilkan oleh pengewapan vakum filem-filem dikroitik atas elemen kanta plastik dan mineral bagi penerapan industri paling berbeza. Bahan: unsur-unsur kanta optik dan elemen penyaring berwarna, yang terdahulu terutamanya dihasilkan oleh SCHOTT. Proses pengeluaran bagi skrin plano-parallel (penyaring foto), kanta sfera, asfera dan silinder: [Mengasah/melicinkan dan mengilat] [Pengilatan] [Pemusatan] [Penyalutan optik1)] [Penyimenan] |
![]() |
Sistem mekanikPengeluaran komponen mekanik dan subpemasangan
dalam bidang mekanik kepersisan dan sistem servohidraulik / -pneumatik
menurut spesifikasi pelanggan bagi corak, pengeluaran kuantiti kecil dan
pertengahan, lebih banyak dengan teknologi CNC (kawalan berangka
berkomputer). |
![]() |
Elektrik / ElektronikDari idea ke tindakan: konsep penggerakan servo, penyelesaian motor stepper, rekabentuk pelan anjakan, rekabentuk papan pintas bercetak, prototaip, Pemprograman-C, pembangunan dan pembinaan servohidraulik dan unit pemacu servo-pneumatik. |
![]() |
Teknologi UkuranMesin pengukuran 3-dimensi bagi
pengukuran komponen mekanik dan peralatan ukuran tambahan seperti penguji
bentuk, mikroskop pengukuran 3-D, meter profil, alat pengukur sesondol
jejarian bagi kanta zum, bangku ujian bagi motor elektrik berkuasa rendah,
dll. |
| 1) Lapisan antirefleksi, filem antirefleksi, simpanan wap, penghapusan refleksi |
![]()
|