... kembali

Apakah Variogon? 

Variogon" ialah jenama sejenis kanta-vario yang di buat oleh "Jos. Schneider Optische Werke GmbH". Tetapi apakah kanta-vario? Ia adalah sejenis kanta yang tidak mempunyai jarak fokus yang tetap dan boleh diubah oleh pengguna tertakluk kepada batas ubah tertentu. Perubahan ini dapat dilakukan tanpa perlu memfokus kembali imej subjek setiap kali jarak fokus diubah. Kanta seperti ini juga dikenali sebagai kanta zum.

Rajah. 1: Kecekapan optik dan mekanik dalam pembuatan dan pengeluaran: Keratan rentas
kanta zum 30-kali Variogon 1.8 / 6 - 180 mm untuk filem gauge sempit Super-8mm

Kanta-vario telah direkabentuk di Schneider-Kreuznach semenjak pertengan 1950’an. Oleh kerana pengalaman luas kami dalam penghitungan optik, pembuatan dan pengeluaran siri secara besar-besaran, kanta-vario telah digunakan dalam pelbagai jenis aplikasi::

  • untuk televisyen (TV-Variogon) dan kamera pengamatan   

  • untuk fotografi pegun (kamera kanta pantul tunggal) – terdapat dalam sektor 35 mm dan
    format-sederhana

  • untuk alat pembesar di dalam bilik gelap (Betavaron)

  • untuk projektor pegun boleh ubah (Vario-Cine-Xenon)

  • di dalam pelbagai aplikasi pengilang kelengkapan asal (OEM) yang direkbentukkan khusus untuk pelanggan tertentu contohnya, dalam percetakan, pengimbasan dan teknologi penyalinan (Variomorphot).   

Di dalam inovasi teknikal terkini dalam bidang fotografi, iaitu fotografi digital, Variogon telah menduduki kedudukan yang penting. Selaku sejenis kanta yang diintegrasikan dengan jarak fokus yang boleh diubah, kanta ini telah digunakan dalam pelbagai siri kamera zum digital Kodak EasyShare.  

Dalam senarai berikut, sejarah penggunaan kanta "Variogon" ditunjukkan bersama maklumat dasar mengenai kanta ini dalam pelbagai bidang penggunaannya:


... top

FON :  +49  671 601-0 ....... FAX : +49  671 601-108 ....... E-mail : foto@schneiderkreuznach.com ... Homepage